Senin, 10 Februari 2014

Hairul Azreen ‘Belum Tahap Bercinta Lagi’



KINI nama Hairul Azreen sering kali dikaitkan dengan pelakon dan pengacara cantik, Hanis Zalikha.

Malah ada juga peminat yang menyenangi dan menyokong sekiranya benar mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa kerana kedua-duanya pun masih solo dan bujang.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Hairul berkata, “saya dan Hanis memang kawan rapat.  Kami sudah kenal lama, tapi hanya rapat semula awal tahun ini sejak saya solo.

“Namun, ketika ini saya berani katakan kami belum sampai ke tahap bercinta.  Kalau kata rapat itu memang betul, tapi bercinta belum lagi,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Hairul yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Faralyna Idris turut menyatakan hasrat tidak mahu menunggu terlalu lama sekiranya ditakdirkan dia dan Hanis bercinta kelak.

“Kalau betul ada bibit-bibit cinta nanti, kahwin terus lagi elok daripada bercinta tanpa ikatan sah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang berasal dari Serdang, Selangor ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Rumah Banglo Seksyen 2 yang diarahkan oleh Amor Rizan.

Oleh:  AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar