Jumat, 07 Maret 2014
Lebih 1 000 murid Sekolah dijamu ubi kayu
02 Sep 2013
Murid dijamu ubi kayu rasai kesusahan zaman sebelum merdeka
KUANTAN: Lebih 1,000 murid Sekolah Kebangsaan Wira di sini dijamu dengan ubi kayu dan kopi o bagi merasai zaman sukar sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Guru Besar, Nooraziza Sabarudin berkata pada majlis Sambutan Merdeka sekolah itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya perarakan membawa bendera oleh murid-murid dengan menaiki basikal tua dan pertandingan mendeklamasi sajak.
"Murid-murid dijamu ubi kayu rebus dan air kopi o kosong bagi mengingatkan mereka tentang sejarah silam negara dan kesukaran datuk nenek mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara," katanya kepada Bernama.
Turut menjayakan majlis itu ialah 96 orang guru.
Turut menjayakan majlis itu ialah 96 orang guru.
Nooraziza berkata semangat cinta dan sayangkan negara perlu dipupuk sedari awal di kalangan generasi muda. - Bernama
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar