Senin, 10 Maret 2014
Saman Sperma Teman Wanita Balas Dakwaan

Petaling Jaya – Bekas teman wanita warga Bosnia, Ervin Ahbabovic menolak dakwaan dia mempergunakan lelaki berkenaan untuk mendapatkan sperma bagi mengtinjauankan anak baka Eropah berkualiti tinggi.
“Saya mempunyai gen yang lebih baik daripada dia. Dia selalu fikir dia sangat hebat,” kata Melanie (bukan nama sebenar) dalam satu temubual eksklusif bersama The Star Online.
Usahawa wanita yang berpendidikan tinggi itu mengakui dia pernah mempunyai hubungan dengan Ervin namun dia tidak pernah mencintai lelaki berkenaan dan “tiada siapa yang akan menyukai lelaki yang kurang cerdik dan berfikiran sempit sepertinya”.
Dia turut mendakwa Ervin menderanya secara fizikal dan emosi selama beberapa tahun.
“Dia pukul saya dan pisahkan saya dengan semua orang hinggalah saya sembuh dan tiada siapa yang dapat melihat kecederaan yang saya alami,” katanya.
“Dia juga menggunakan telefon saya untuk menghantar mesej kepada dirinya sendiri, hanya untuk menunjuk kepada rakannya, bahawa saya sangat memerlukannya,” katanya.
“Dia juga sengat membuat saya rasa apa yang dilakukannya adalah normal. Dia juga memastikan agar keluarga dan rakan-rakan membuang saya jadi saya tidak ada tempat untuk mengadu nasib selepas itu,” kata Melanie.
Melanie mendakwa Ervin juga turut mendera bekas isterinya, sejak mereka berkahwin semula.
“Dia kata bekas isterinya buat sesuatu yang tidak baik terhadapnya. Dia beritahu saya macam-macam cerita dan saya simpati terhadap dia. Saya juga pernah memberi wang dan meminjamkan kereta saya kepadanya,” katanya.
“Dia dakwa ada masalah psikologi kesan daripada perang di Bosnia. Dia kata dia bekerja dengan agensi perisikan,” kata Melanie.
“Dia seorang yang psiko, dia akan buat anda percaya dia seorang lelaki yang sangat baik,” tambahnya.
“Dialah yang menikam diri sendir dan dia jugalah cuba bunuh diri sendiri sekiranya saya meninggalkan,” kata Melanie.
Melanie berkata di ajuga beberapa kali cuba memutuskan hubungan dengan lelaki Bosnia berkenaan.
“Saya cuba membuang dirinya daripada hidup saya, namun dia enggan melepaskan saya,” dedahnya.
“Dia ugut untuk menghancurkan hidup saya jika saya meninggalkan dia, dan dia telah melalukannya.
“Cuma saya tidak menyangka dia melakukannya dalam tempoh setahun (selepas saya tidak lagi bertemu dengannya,” katanya.
Melanie berkata dia akhirnya mempunyai kekuatan untuk meninggalkan lelaki tersebut tahun lalu.
“Lelaki ini sama seperti Gargamel (watak dalam The Smurfs. Dia bukannlah ahli sihir yang bijak sebaliknya paling berbahaya,” tambahnya.
Melanie berkata dia tidak membenarkan anaknya berjumpa dengan Ervin dan berkata: “Tiada siapa akan mendedahkan anak lelaki mahupun anak perempuan mereka dengan orang gila seperti Ervin.”
“Dia tidak pernah kisah mengenai anak saya mahupun saya. Apa yang dia hendak adalah mencapai kegemilangan selama 15 minit,” kata Melanie.
Melanie telah membuat laporan polis terhadap bekas teman lelakinya, dan menyifatkan tuntutan mahkamah yang dikemukakan terhadapnya sebagai satu bahan jenaka dan satu kejutan.
Ervin Ahbabovic lelaki warga Bosnia mengemukakan saman bernilai RM600,000 terhadap bekas teman wanitanya kerana didakwa mempergunakan spermanya dalam usaha mendapatkan anak dengan cara yang salah, dan memohon supaya beliau disah dan didaftarkan sebagai bapa di dalam sijil kelahiran anak lelakinya, faedah, kos dan lain-lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - mStar Online
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar